Berita UtamaPendapat

Dewan Rakyat: Masyarakat sokong kebijaksaan Agong

Rakyat sudah mual dengan perangai pemimpin gilakan kuasa

MENJELANG 18-5-2020: Sidang Khas Parlimen

51 tahun yang silam pemimpin politik buat onar, lagakan rakyat bermusuhan sesama kita.

Nampaknya pada 18-5-2020 ini sekali lagi pemimpin politik yang gila kuasa & hilang sifat-sifat perikemanusiaan, nak buat onar yang sama. Tatkala negara dilanda pelbagai masalah, ramai yang hilang pekerjaan, kebuluran, mereka ini abaikan permasalahan itu dan asyik utamakan kedudukan kuasa politik mereka.

Rakyat muak dan mual dengan perangai pemimpin seperti ini.

Hamba-Mu amat bersyukur ya Allah, di atas kebijaksanaan Yang Di-Pertuan Agong yang berkenan dengan sembah izin Perdana Menteri, untuk Sidang Parlimen pada 18-5-2020 itu nanti hanya bagi membolehkan tuanku menyampaikan Titah Ucapan, tanpa sebarang ruang untuk Sidang Parlimen, kerana masanya tidak sesuai untuk berbuat demikian.

Pun begitu, andai kata keputusan dicapai di Parlimen Malaysia itu nanti mengingkari titah perintah tuanku, rakyat akan bangkit desak tuanku gunakan kuasanya sebagai pemerintah bagi negara berdaulat ini, tolak keputusan yang dibuat oleh segelintir Ahli Parlimen itu, sekali gus menggantung Parlimen.

Rakyat tekad & komited sokong titah perintah tuanku dan pentadbiran kerajaan yang diterajui YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin. Masa berbaki ini sehingga PRU15 hendaknya kerajaan gunakan sebaik mungkin untuk keluarkan negara dari belenggu pelbagai malapetaka yang melanda, bukannya untuk berpolitik dengan niat untuk menjatuhkan antara satu sama lain.

Mana-mana Ahli Parlimen yang buat onar, mencabar keputusan ini, tuanku berkuasa mendakwa mereka itu atas kesalahan menghasut yang boleh disabitkan dengan Akt Hasutan 1948.

Datuk Dr Hasan Mad
Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close