COVID-19: Angka korban seluruh dunia cecah 301,000 kes
AS kekal negara tertinggi angka korban terbanyak diikuti UK, Itali

LONDON, 22 Ramadan 1441H, Jumaat – Jumlah kematian di seluruh dunia akibat pandemik COVID-18 terus menunjukkan peningkatan sebanyak 6,000 kes dalam tempoh 24 jam.
Keadaan itu menjadikan, jumlah keseluruhan penduduk yang maut akibat wabak itu kini melepasi angka 301,000 kes.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Universiti Johns Hopkins, tiga negara kini sudah melepasi angka kematian 30,000.
Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara tertinggi merekodkan kematian dengan melepasi 85,000 kes.
United Kingdom (UK) dan Itali berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing mencatatkan 33,000 dan 31,000 kes.
Manakala, negara keempat dan kelima adalah Perancis dan Sepanyol dengan masing-masing merekodkan 27,000 kes.
Negara lain merekodkan angka maut COVID-19 di bawah 14,000 kes. – Agensi