Berita Utama

COVID-19: Hanya kawalan pentadbiran di Jalan Pasar Pudu

Penduduk masih dibenarkan keluar beli barangan keperluan

KUALA LUMPUR, 22 Ramadan 1441H, Jumaat – Jalan Pasar Pudu di sini, tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), sebaliknya kawalan secara pentadbiran.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika mengesahkan perkara itu berkata, penduduk kawasan itu masih dibenarkan keluar memberi barangan keperluan.

“Kita hanya membuat kawalan secara pentadbiran, bukan ‘total lockdown’. Mungkin kita letak kawalan tapi penduduk masih dibenarkan membeli makanan.

“Bagi penduduk kawasan itu, kita membuat saringan ke atas mereka,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close