Berita Utama

KKR kesan lelaki menyamar Setiausaha Politik untuk menipu

Kementerian tak pernah lantik ejen, wakil urus tawaran kontrak

BANGI, 22 Ramadan 1441H, Jumaat – Kementerian Kerja Raya (KKR) membuat laporan terhadap seorang lelaki yang didakwa menyamar sebagai Setiausaha Politik di kementerian berkenaan bagi tujuan penipuan.

Dalam kenyataan hari ini, KKR berkata, pihaknya menerima aduan dari orang ramai mengenai penipuan seorang lelaki yang mendakwa dirinya Setiausaha Politik, JUSA C di Kementerian Kerja Raya.

“Bermodalkan surat pelantikan palsu daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), dan juga surat palsu kerajaan negeri Sarawak daripada Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof kepada Datuk Amar Abang Abdul Rahman Johari Abangg Openg, Ketua Menteri Sarawak, lelaki bernama Abdul Al Haffiz Bin Abdul Aziz, bernombor kad pengenalan 871030-13-5689, berasal daripada Song, Sarawak telah berhubung dengan orang ramai dengan niat menipu wang ringgit.

“KKR ingin menegaskan bahawa Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof tidak pernah sesekali mencadangkan dan menawarkan jawatan Setiausaha Politik kepada lelaki tersebut,” katanya.

Kementerian itu berkata, pihaknya tidak pernah melantik mana-mana ejen atau wakil untuk sebarang urusan penawaran kontrak kerja dari KKR mahu pun agensi.

“Orang ramai diminta supaya berhati-hati dan tidak tertipu dengan mana-mana individu atau sebarang tawaran yang mencurigakan.

“Lapor segera kepada pihak berkuasa dan juga Kementerian Kerja Raya jika anda didekati oleh individu ini,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close