Berita Utama

Polis nafi berlaku pergaduhan antara warga rohingya dengan MPS

Tidak benar, tiada kejadian berlaku di kawasan Selayang

KUALA LUMPUR, 22 Ramadan 1441H, Jumaat – Polis menafikan berlaku pergaduhan antara warga Rohingya dengan anggota Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Pasar Borong Selayang di sini, seperti yang tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Arifai Tarawe berkata pihaknya tidak menerima laporan kejadian sedemikian berlaku di kawasan berkenaan.

“Tidak benar dan tiada kejadian berlaku di kawasan Selayang manakala kejadian itu dipercayai berlaku di Indonesia,” katanya ringkas kepada Bernama.

Hari ini tular di media sosial, sebuah rakaman video berdurasi 36 saat memaparkan sekumpulan individu dipercayai cuba untuk membelasah sekumpulan pihak berkuasa yang dikatakan anggota MPS. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button