Artikel Khas

Beberapa lompat parti atau tarik sokongan, kerajaan baharu boleh tumbang sekelip mata?

Mungkinkah situasi sama sebelum ini, kerajaan rapuh dengan majoriti sangat sedikit

1. SETAKAT perkembangan terkini, berdasarkan kenyataan rasmi parti-parti utama DS Ismail Sabri dilihat merupakan calon yang paling mungkin menjadi PM

2. Beliau mendapat sokongan penuh ahli-ahli parlimen dari UMNO, MCA, MIC, PAS dan BERSATU

3. Manakala DS Anwar Ibrahim mengekori rapat di belakang dengan sokongan penuh ahli-ahli parlimen dari PKR, DAP, AMANAH, WARISAN dan PSB

4. PEJUANG mengambil jalan selamat dengan tidak menyatakan sokongan kepada sesiapa, asalkan bukan kluster mahkamah. Tapi dengan hanya 4 kerusi ia tidaklah begitu signifikan

5. Secara logiknya PEJUANG juga tidak akan menyokong DS Anwar Ibrahim disebabkan perseteruan Presidennya, Tun M dengan DS Anwar Ibrahim. Tun M hanya akan bersama PH jika beliau diberikan tampuk tertinggi

6. Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan 18 kerusi pula seperti biasa saya jangka akan menyokong pakatan yang bakal mendapat sokongan tertinggi kerana mereka sentiasa mahu berada di kem kerajaan bagi memelihara kepentingan Sarawak. Ia langkah bijak walaupun agak ‘selfish’

7. Saya mengandaikan jika DS Ismail Sabri mendapat sokongan tertinggi dan kemudiannya turut disokong GPS, beliau akan mendapat 111 kerusi (ngam-ngam untuk mendapat majoriti mudah)

8. Namun kita akan berhadapan situasi sama sebelum ini, kerajaan rapuh dengan majoriti sangat sedikit. Kita terdedah kepada jual-beli ahli Parlimen yang sudah menjadi budaya biasa mereka

9. Dengan hanya beberapa orang melompat parti atau menarik sokongan, kerajaan baharu yang bakal dibentuk juga boleh tumbang sekelip mata

10. Kerana itulah YDPA dengan kebijaksanaan Baginda mencadangkan konsensus baharu, model politik luar kotak dan persepakatan yang lebih ampuh bagi memastikan kestabilan negara sekurang-kurangnya sehingga PRU-15

Moga Allah SWT selamatkan Malaysia dan seluruh rakyatnya

Ir. Ts. Lukman Al Hakim
Setiausaha Agung BERJASA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button