Berita Utama

14 tekong bawa masuk pendatang ditahan

Turut ditahan 1,408 PATI melalui lorong tikus, darat serta laut

KUALA LUMPUR, 23 Ramadan 1441H, Sabtu – 14 tekong ditahan pihak berkuasa susulan membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui lorong tikus ke negara ini.

Pada sidang media harian hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga 15 Mei lalu, agensi penguatkuasaan sempadan turut menahan seramai 1,408 PATI yang cuba memasuki negara secara haram melalui lorong tikus, darat dan laut.

“Kerajaan memandang serius percubaan beberapa pihak untuk membolosi sempadan negara termasuk melalui lorong-lorong tikus.

“Kepada rakyat yakinlah kerajaan akan memantau dan memperketat sempadan darat dan laut bagi menyekat kemasukan PATI ini,” katanya

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close