Berita Utama

17 kes positif COVID-19 hari ini, kedua terendah sejak PKP

13 kes sedang dirawat di ICU, 5 memerlukan bantuan pernafasan

PUTRAJAYA, 23 Ramadan 1441H, Sabtu – Sebanyak 17 kes positif COVID-19 dicatat hari ini, yang merupakan angka kedua terendah sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu, enam adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala 11 merupakan penularan tempatan yang melibatkan lima warga asing.

“Oleh itu, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,872 dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,247 kes,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 73 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah kumulatif pesakit yang sembuh sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 dan discaj dari wad ialah 5,512 orang.

Katanya, terdapat 13 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, lima memerlukan bantuan pernafasan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close