Berita Utama

Afrika Selatan catat 785 kes, tertinggi dalam tempoh 24 jam

Jumlah keseluruhan adalah 13,524 kes dengan 9 kematian

CAPE TOWN, 23 Ramadan 1441H, Sabtu – Afrika Selatan pada Jumaat mencatatkan 785 kes COVID-19, jumlah tertinggi dalam tempoh 24 jam sejak negara ini melaporkan kes pertama pada awal Mac, kata Menteri Kesihatan Zweli Mkhize.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 13,524, dengan sembilan kematian lagi dicatatkan menjadikan seramai 247 pesakit maut setakat ini, lapor agensi berita Xinhua.

“Jumlah pesakit sembuh menunjukkan peningkatan iaitu seramai 6,083,” katanya.

Sehingga kini sebanyak 421,555 ujian saringan COVID-19 telah dijalankan, dengan 18,537 dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu, menurut menteri itu.

Wilayah Cape Barat kekal sebagai pusat wabak dengan 7,798 kes dilaporkan, diikuti Gauteng (2,210), Cape Timur (1,662) dan KwaZulu-Natal (1,482).

Walaupun wabak terus merebak sejak beberapa hari kebelakangan ini, Afrika Selatan sedang bersiap sedia untuk melonggarkan sekatan pergerakan dari tahap empat kepada tahap tiga menjelang akhir Mei. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close