Berita Utama

Agensi pelancongan dibenar beroperasi dalam tempoh PKPB

Hanya untuk pentadbiran, kewangan, pengurusan serta penjualan sahaja

PUTRAJAYA, 23 Ramadan 1441H, Sabtu – Kerajaan bersetuju membenarkan pejabat agensi pelancongan seluruh negara beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, beliau berkata, kebenaran pengoperasian hanya untuk tujuan pentadbiran, kewangan, pengurusan dan penjualan sahaja.

“Mereka juga boleh menyediakan pakej-pakej pelancongan sebagai persediaan pada masa hadapan sekiranya kerajaan membenarkan aktiviti pelancongan dimulakan. Setakat hari ini, aktiviti pelancongan masih dalam senarai terlarang,” katanya dalam sidang media harian PKPB, di sini, hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close