Berita Utama

China catat 6 kes import baharu

46 masih dirawat, 3 daripadanya dalam keadaan kritikal

BEIJING, 23 Ramadan 1441H, Sabtu – China melaporkan enam kes baharu COVID-19 membabitkan kes import menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,698, kata Suruhanjaya Kesihatan Negara pada Sabtu.

Lima kes baharu dilaporkan di Shanghai dan satu di Hainan pada Jumaat.

Sementara itu dua kes disyaki diimport dilaporkan di Shanghai, lapor agensi berita Xinhua.

Daripada jumlah kes import, 1,652 pesakit sudah dibenar discaj dan 46 lagi masih dirawat dengan tiga berada dalam keadaan kritikal, tiada kematian dilaporkan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button