Berita Utama

COVID-19 : 317 kes positif dalam kalangan kanak-kanak

Selangor tertinggi catat 77 kes kanak-kanak positif Coronavirus

PUTRAJAYA, 23 Ramadan 1441H, Sabtu – Sebanyak 317 kes positif COVID-19 di negara ini adalah dalam kalangan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata, golongan kanak-kanak dan bayi adalah kumpulan berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19 selain warga emas.

Beliau berkata, kanak-kanak dan bayi perlu dilindungi supaya mereka tidak mudah terdedah dan dijangkiti wabak pandemik berkenaan.

“Daripada jumlah tersebut, 112 kes (35 peratus) adalah di kalangan kanak-kanak berumur 4 tahun dan ke bawah, dan 22 kes (7 peratus) di kalangan bayi kurang daripada 1 tahun.

“Setakat ini tiada kes kematian positif COVID-19 dicatatkan dalam kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, Selangor mencatatkan bilangan kes positif COVID-19 tertinggi dalam kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun iaitu 77 kes.

Beliau berkata, Negeri Sembilan pula merekodkan bilangan tertinggi iaitu 48 kes, diikuti Johor (46 kes), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (28 kes) dan Sabah (26 kes).

Beliau turut menegaskan akan peri pentingnya untuk melindungi keluarga masing-masing.

“Kanak-kanak boleh dijangkiti daripada ahli keluarga. Setiap kali kita balik rumah jangan pegang mereka dulu sebelum bersihkan diri.

“Apa yang penting kita kena patuh SOP diberikan Kementerian Kesihatan. Sentiasa cuci tangan dan elakkan perhimpunan,” katanya.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close