Berita Utama

Korban di India cecah 2,752, kes 85,940

30,153 pesakit dibenar discaj manakala kes aktif berjumlah 53,035

NEW DELHI, 23 Ramadan 1441H, Sabtu – Kementerian Kesihatan India pada Sabtu berkata 103 kematian baharu COVID-19 selain 3,970 kes positif dilaporkan sejak Jumaat, menyaksikan jumlah korban 2,752 dan kes sebanyak 85,940, lapor agensi berita Xinhua.

“Pada 8 pagi Sabtu (waktu tempatan), sebanyak 2,752 kematian dicatatkan di negara ini,” menurut kenyataan kementerian.

Setakat ini, seramai 30,153 pesakit dibenar discaj manakala kes aktif berjumlah 53,035.

Sabtu hari ke-53 sekatan pergerakan dikuat kuasa di seluruh India bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Sekatan pergerakan yang diumum pada 25 Mac, dilanjutkan sekali lagi pada 1 Mei hingga 17 Mei. Fasa keempat dijadual bermula pada Isnin, seperti diumum Perdana Menteri Narendra Modi 12 Mei lalu.

Peraturan baharu untuk fasa keempat sekatan pergerakan dijangka diumum pada hujung minggu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close