Dunia

Parti politik, kumpulan pejuang Palestin adakan pertemuan hari ini

Bagi cari strategi terbaik beri respon kepada ancaman Israel

GAZA, 23 Ramadan 1441H, Sabtu – Dalam usaha untuk mewujudkan kesatuan di Palestin menentang usaha penjajahan negara tidak diiktiraf Israel, satu pertemuan telah dirancang hari ini.

Pertemuan itu antara lain mencari pelan tindakan yang boleh diambil oleh Palestin dalam mengendurkan ancaman dibawa oleh rejim Zionis.

Jemputan pertemuan telah dihantar kepada Hamas, Jihad Islam Palestin (PIJ) dan beberapa kumpulan lain bagi mencari strategi terbaik sebagai respon kepada pelan pembangunan Israel di Tebing Barat.

Barisan Pembebasan Popular Palestin (PFLP) turut menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai perbincangan itu, walaupun memiliki hubungan tegang dengan Presiden Mahmoud Abbas.

Pegawai kanan PIJ, Ahmed al-Mudallal berkata, tiada yang mustahil dalam menghalang usaha Israel jika wujud langkah serius bagi berdepan situasi itu.

Sehubungan itu, beliau menggesa kepada penentangan terhadap apa juga usaha dilakukan rejim Zionis di Gaza dan Tebing Barat.

“Kehadiran kami adalah sebagai rasa tanggungjawab menentang usaha memperbesarkan kawasan jajahan di Tebing Barat, yang mahu melengkapkan pelan kolonial di Palestin,” kata Ahli Jawatankuasa Pusat PFLP, Maher Mezher.

Dalam perbincangan itu nanti, Maher berkata, PFLP akan meminta kepada kewujudan jawatankuasa untuk membincangkan tentang tindakan yang akan ambil oleh mereka.

Bagaimanapun, laporan terkini mendapati Hamas dan PIJ tidak berhasrat untuk menyertai perbincangan berkenaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button