Berita Utama

SOP rumah ibadat dimuktamad Isnin

Bentang senarai rumah ibadat, SOP kepada MKN pada Selasa

PUTRAJAYA, 23 Ramadan 1441H, Sabtu – Prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pembukaan rumah ibadat semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dimuktamadkan pada Isnin ini (18 Mei).

Satu mesyuarat antara Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique bersama wakil-wakil badan agama diadakan secara dalam talian semalam secara amnya membincangkan cadangan SOP yang dibangunkan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut kenyataan KPN hari ini, wakil pelbagai agama seperti Buddha, Kristian, Hindu, Tao dan Sikh yang menyertai mesyuarat itu juga mengemukakan maklum balas serta cadangan senarai rumah ibadat terpilih dalam kawasan zon hijau kepada pihak KPN.

Antara badan agama yang menyertai mesyuarat itu adalah Persekutuan Kristian Malaysia, Majlis Gurdwara Malaysia, Persatuan Penganut Buddha Malaysia, Persatuan Penganut Buddha Belia Malaysia dan Persekutuan Pertubuhan Agama Tao Malaysia.

Turut menyertai ialah Persatuan Belia Kristian Malaysia, Fo Guang Shan Malaysia, Singapore, Thailand and Indonesia; National Evangelical Christian Fellowship Malaysia, Malaysia Hindu Sanggam, Persatuan Mubaligh Buddha Malaysia dan Majlis Gereja-Gereja Malaysia.

KPN memaklumkan mesyuarat susulan akan diadakan pada Isnin ini bagi memuktamadkan SOP berkenaan.

Menurut kenyataan termasuk KPN, Halimah akan membentangkan senarai rumah ibadat dalam zon hijau yang dibenarkan untuk dibuka semasa PKPB SOP yang berkaitan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Selasa (19 Mei). – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button