Berita Utama

PPMM dapat ‘lampu hijau’ dari MAINS

Dana RM52,000 akan diagih kepada peguam yang terkesan wabak

BANGI, 7 Rabiulawal 1443H, Khamis – Inisiatif Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) untuk membantu kumpulan peguam yang terkesan pandemik COVID-19 mendapat lampu hijau Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menerusi kelulusan dana.

Berkongsi khabar gembira itu, Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, dana sebanyak RM52,000 akan diagihkan kepada mereka yang sudah mendaftar nama kepada PPMM dan diluluskan oleh MAINS setelah ianya dimasukkan ke dalam akaun persatuan itu.

“Alhamdulillah menerima khabar gembira dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan mengenai permohonan PPMM.

“Ini bagi membantu peguam-peguam yang beramal di Negeri Sembilan dan terkesan dengan pandemik COVID-19 telah diluluskan,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Beliau turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada MAINS di atas kelulusan dana tersebut.

“Terima kasih kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan kerana prihatin dengan masalah yang dihadapi peguam-peguam,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button