Berita Utama

2 Ahli Parlimen dikuarantin kerana ada kontak rapat

950 individu negatif COVID-19 dibenar hadir Parlimen esok

KUALA LUMPUR, 24 Ramadan 1441H, Ahad – Mereka yang diberi kebenaran berada di Parlimen bagi menghadiri Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14, esok disahkan negatif COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini jumlah yang dikenal pasti bertugas dan hadir esok adalah seramai 960 individu termasuk Ahli Parlimen, orang kenamaan dan warga kerja Parlimen.

“Yang sudah hadir saringan dan ujian 950 orang. 10 orang tidak hadir iaitu lapan warga kerja dan dua Ahli Parlimen kerana mereka sedang dikuarantin sebab ada kontak rapat,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close