Berita Utama

22 kes COVID-19 baharu hari ini, angka ketiga terendah sejak PKP

17 merupakan penularan tempatan melibatkan 9 warga asing

PUTRAJAYA, 24 Ramadan 1441H, Ahad – Sebanyak 22 kes positif COVID-19 dicatat hari ini, angka ketiga terendah sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac.

Sebelum ini direkodkan angka kes positif COVID-19 kedua terendah iaitu sebanyak 17 kes pada semalam dan kes pertama terendah sebanyak 16 kes pada 12 Mei lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 22 kes baharu hari ini, lima adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala 17 merupakan penularan tempatan yang melibatkan sembilan warga asing.

“Oleh itu, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,894 dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,210 kes,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak 59 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah kumulatif pesakit yang sembuh sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 dan dibenarkan keluar wad ialah 5,571 orang. – Bernama

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close