Berita UtamaDunia

23 pekerja di India maut kemalangan

Puluhan ribu buruh hilang kerja selepas kerajaan kenakan perintah berkurung

NEW DELHI, 24 Ramadan 1441H, Ahad – Sekurang-kurangnya 23 pekerja migran terkorban manakala 35 lagi cedera, apabila kenderaan dinaiki terbabit dalam kemalangan di India utara, semalam.

Difahamkan, nahas berkenaan berlaku apabila kenderaan dinaiki mangsa yang dalam perjalanan pulang telah melanggar sebuah jentolak di lebuh raya, berhampiran sebuah kedai makan di daerah Auraiya, Uttar Pradesh.

Salah seorang pegawai di daerah berkenaan, Abhisek Singh Meena berkata, kesemua mangsa berasal dari negeri Bihar, Jharkhand dan Benggala Barat.

Katanya, penduduk setempat adalah antara individu terawal tiba di lokasi kejadian dan menolong mangsa.

“Mereka yang cedera telah dikejarkan ke hospital dan ada di antara mereka berada dalam keadaan kritikal.” katanya.

Sebelum ini, puluhan ribu buruh di India telah pulang ke kampung halaman masing-masing setelah kehilangan pekerjaan akibat daripada perintah berkurung.

Kebanyakan daripada mereka memulakan perjalanan dengan berjalan kaki atau menaiki pengangkutan awam.

Kerajaan India telah mengenakan perintah berkurung kepada 1.3 bilion warganya selama hampir tujuh minggu dalam usaha mengekang penularan pandemik COVID-19, manakala ratusan juta rakyat terpaksa bergantung mengambil upah harian untuk meneruskan kehidupan. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button