Berita Utama

Bekas menteri akan dipanggil untuk disoal siasat

Setiausaha Politik ditahan atas dakwaan rasuah babit pemaju KL

BANGI, 24 Ramadan 1441H, Ahad – Polis akan memanggil seorang bekas menteri di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan timbalannya tidak lama lagi untuk disoal siasat atas dakwaan rasuah.

FMT memetik sumber sebagai berkata, pegawai dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga akan turut dipanggil berhubung dakwaan itu.

“Difahamkan, setiausaha politik menteri itu sudah ditahan Jabatan Siasatan Jenayah di Kuala Lumpur untuk disoal siasat atas dakwaan rasuah membabitkan beberapa pemaju di ibu negara.

“Satu laporan dibuat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pemeriksaan FMT mendapati siasatan sedang dijalankan polis Brickfields dan Sentul atas ‘dua jenayah komersial’.

“FMT sudah menghubungi polis untuk mendapatkan butiran lanjut dan bekas menteri itu yang namanya tidak didedahkan sementara menunggu pengesahannya,” lapornya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button