Berita Utama

COVID-19: 22 pek plasma sedia untuk digunakan

Didermakan oleh 9 orang bekas pesakit bagi tujuan penyelidikan

PUTRAJAYA, 24 Ramadan 1441H, Ahad – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima 22 pek plasma yang didermakan oleh sembilan bekas pesakit COVID-19 bagi tujuan penyelidikan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada sembilan pesakit berkenaan, tiga daripada mereka telah menderma dua kali plasma tersebut yang akan digunakan hanya bila diperlukan.

“Setakat ini kami belum menggunakannya … 22 pek plasma tersedia di tempat kami, sekiranya terdapat keperluan, kami akan menggunakan plasma tersebut. Cumanya, bila perlu menggunakannya… terutama kepada pesakit dengan tindak balas imun yang lemah.

“Plasma berkenaan daripada pesakit yang dijangkiti sebelum ini dan mereka mempunyai tindak balas antibodi yang tinggi. Jadi itulah sebabnya mengapa kita boleh menggunakan plasma ini jika ada indikasi,” katanya dalam sidang media harian di sini hari ini.

Beliau berkata kementerian telah dimaklumkan bahawa terdapat 10 lagi bekas pesakit yang bersedia tampil untuk menderma plasma mereka. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button