Berita UtamaDunia

COVID-19: CDC ramal lebih 100,000 kematian di AS menjelang Jun

Kesan 12 model berbeza, kematian meningkat pada minggu berikut

WASHINGTON, 24 Ramadan 1441H, Ahad – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) meramalkan lebih 100,000 kematian akibat COVID-19 dicatatkan menjelang akhir Mei, lapor agensi berita Anadolu.

“CDC mengesan 12 model berbeza yang meramalkan kemungkinan kematian #COVID19 di AS. Sehingga 11 Mei, semua meramalkan kematian akan meningkat pada minggu berikutnya dan jumlah kumulatif melebihi 100,000 menjelang 1 Jun,” tulis pengarah CDC Dr Robert Redfield di twitternya.

Institut Kesihatan di Washington University meramalkan 140,000 penduduk AS akan maut pada awal Ogos.

Sehingga Jumaat malam, AS melaporkan lebih 1.4 juta kes dan angka korban melebihi 87,400, menurut Johns Hopkins University.

Sejak virus COVID-19 mula dikesan di Wuhan, China Disember lalu, wabak itu telah merebak ke sekurang-kurangnya 188 negara dan wilayah.

Di seluruh dunia ada lebih 4.5 juta orang dijangkiti dan lebih 300,000 pesakit meninggal dunia manakala 1.6 juta lagi sembuh. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close