Berita Utama

Dua lagi negeri ikut jejak Kedah?

Pertukaran kerajaan Kedah matlamat PN kukuhkan politik

BANGI, 24 Ramadan 1441H, Ahad – Barisan Nasional (BN) memberi bayangan bahawa akan ada dua lagi negeri bakal bertukar kerajaan seperti yang berlaku di Kedah.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa mendakwa, pihaknya mempunyai maklumat dua negeri itu dan kini usaha sedang dijalankan.

Beliau bagaimanapun tidak mahu mendedahkan negeri berkenaan sebaliknya memberitahu usaha ke arah menukar kerajaan kepada Perikatan Nasional (PN) sentiasa dilakukan.

“Kalau saya mahu bercakap mengenai yang berlaku di Kedah, saya boleh sebut ini adalah sebahagian daripada matlamat PN untuk mengukuhkan politik.

“Ia tidak berhenti setakat Kedah sahaja, mungkin ada lagi satu atau dua negeri lain yang mahu ikut jejak Kedah.

“Kita sangat mengalu-alukan untuk tukar kerajaan kepada Perikatan Nasional,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Terdahulu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah bersama ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan Iain selaras dengan Perkara 37 (6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.

Mukhriz berkata, ia susulan selepas beliau kehilangan kepercayaan oleh majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Perikatan Nasional membentuk kerajaan negeri baharu, selepas mendapat sokongan 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

23 ADUN terbabit adalah 15 daripada PAS, Bersatu (4), UMNO (2) dan dua bekas ADUN PKR.

ADUN Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor dilantik menggantikan Mukhriz setelah mendapat kepercayaan majoriti ADUN Kedah.

Pelantikan itu mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah setelah baginda mengadakan perjumpaan bersama semua ADUN Kedah pada 15 Mei lalu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close