Berita Utama

MB Kedah baharu angkat sumpah petang ini

Mukhriz akan umum peletakan jawatan jam 10 pagi

ALOR SETAR, 24 Ramadan 1441H, Ahad – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor dijadual mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah Ke-14, petang ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim akan membuat pengumuman rasmi sebelum majlis angkat sumpah dilakukan di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Difahamkan, jam 10 pagi nanti, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan mengumumkan peletakan jawatan susulan krisis politik yang berlaku ketika ini.

Selasa lalu, Perikatan Nasional (PN) Kedah mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu, selepas mendapat sokongan 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

23 ADUN terbabit adalah 15 daripada PAS, Bersatu (4), UMNO (2) dan dua bekas ADUN PKR.

Berikutan itu, komposisi DUN Kedah menyaksikan perubahan apabila PAS kini menguasai 15 kerusi, manakala PKR (5), AMANAH (4), Bersatu – Tan Sri Muhyiddin Yassin (4), Bersatu – Tun Dr Mahathir Mohamad (2), UMNO (2) dan BEBAS (2).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button