Berita Utama

PN Kedah: Politik ‘unik’ mudahnya wakil rakyat berubah

ISMA ucap tahniah kepada Sanusi dilantik sebagai MB baharu

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 24 Ramadan 1441H, Ahad – Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya mengucapkan tahniah kepada Muhammad Sanusi Md Nor di atas pelantikan sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan keutamaan pentadbiran baharu itu harus diberikan kepada kebajikan rakyat bukan untuk menghapuskan parti lawan.

“Kita mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar baharu dari PAS yang dilantik selepas berlaku perubahan kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Kita mengharapkan beliau akan mentadbir lebih baik dan telus serta dapat memperkasakan lagi agenda Islam dan bangsa Melayu,” katanya ketika dihubungi Ismaweb hari ini.

PN membentuk kerajaan negeri baharu, selepas mendapat sokongan 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

23 ADUN terbabit adalah 15 daripada PAS, Bersatu (4), UMNO (2) dan dua bekas ADUN PKR.

Muhammad Sanusi yang juga ADUN Jeneri dilantik menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir setelah mendapat kepercayaan majoriti ADUN Kedah.

Pelantikan itu mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah setelah baginda mengadakan perjumpaan bersama semua ADUN Kedah pada 15 Mei lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Haji Aminuddin melihat bahawa politik negara ini memang unik yang mungkin tidak berlaku di mana-mana negara apabila dengan mudah ahli-ahli politik yang dipilih rakyat berubah pendirian.

Bahkan beliau tidak menolak kemungkinan rakyat satu masa nanti akan mual dengan sikap wakil rakyat yang dipilih.

“Walaupun ia bukan satu budaya yang baik dan harus diamalkan tetapi sistem demokrasi negara tidak menghalang perkara ini berlaku,” katanya.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close