Berita UtamaDunia

Semburan pembasmi kuman tak hilangkan COVID-19: WHO

Penyemburan terhadap individu tak digalakkan dalam apa jua keadaan

GENEVA, 24 Ramadan 1441H, Ahad – Penyemburan pembasmi kuman di jalan raya seperti yang dilakukan oleh beberapa negara tidak menghilangkan coronavirus baharu bahkan menimbulkan risiko kesihatan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dalam satu dokumen mengenai membersihkan serta membasmi kuman permukaan sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap virus, WHO berkata, penyemburan boleh menjadi tidak efektif.

“Penyemburan atau pengasapan ruang luar seperti jalan atau pasar… tidak disarankan untuk membunuh virus COVID-19 atau patogen lain kerana pembasmi kuman tidak diaktif oleh kotoran dan serpihan.

“Walaupun tidak ada bahan organik, penyemburan bahan kimia tidak mungkin menutupi semua permukaan dengan secukupnya sepanjang masa yang memerlukan hubungan masa untuk mematikan patogen,” katanya.

WHO berkata bahawa jalan dan turapan tidak dianggap sebagai ‘takungan jangkitan’ COVID-19, sambil menambah bahawa pemyemburan pembasmi kuman walaupun di luar boleh ‘berbahaya bagi kesihatan manusia’.

Dokumen itu turut menekankan penyemburan pembasmi kuman terhadap individu ‘tidak digalakkan dalam apa keadaan sekalipun’.

“Ini boleh membahayakan secara fizikal dan psikologi dan tidak akan mengurangkan kemampuan orang yang dijangkiti menyebarkan virus melalui titisan atau kontak.

“Sementara penyemburan klorin atau bahan kimia toksik lain pada orang boleh menyebabkan kegatalan mata dan kulit, bronkospasme dan kesan gastrousus,” kata dokumen itu.

Organisasi ini juga memberi amaran terhadap penyemburan dan pengasapan pembasmi kuman secara sistematik ke permukaan di ruang dalaman, memetik kajian yang menunjukkan ia tidak berkesan di luar kawasan penyemburan langsung.

“Jika digunakan, ia harus dilakukan dengan kain lap yang telah direndam dalam pembasmi kuman,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button