Berita Utama

Tuntut hak mesti ikut undang-undang bukan naluri

Kebebasan 'total' lebih beri keburukan berbanding kebaikan

BANGI, 24 Ramadan 1441H, Ahad – Hak dan kebebasan secara ‘total’ hanya akan lebih mendatangkan keburukan berbanding kebaikan, kata Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Jelas beliau, jika kebebasan peribadi diutamakan, pasti mendatangkan ketidakpuasan hati pihak lain yang juga mempunyai hak yang sama.

“Sejak kebelakangan ini rakyat Malaysia lebih peka kepada hak-hak yang diperuntukkan kepada mereka melalui undang-undang tertinggi di Malaysia iaitu Perlembagaan Persekutuan.

“Perkembangan itu baik kerana rakyat yang celik undang-undang adalah aset kepada perkembangan negara di samping tidak mudah diperkotak katik oleh orang yang ingin mengambil kesempatan terhadap mereka.

“Bagaimanapun, hak-hak tersebut perlu difahami berdasarkan peruntukan undang-undang bukan melalui naluri dan kehendak kita sahaja,” katanya menulis di Sinar Harian hari ini.

Berdasarkan undang-undang tertinggi negara – Perlembagaan Persekutuan – Zainul Rijal menegaskan, di Malaysia tiada hak yang ‘total’ diberikan sama ada kepada warganegara ataupun bukan warganegara.

Tegasnya, hak-hak yang dinikmati tertakluk kepada sekatan yang dibuat menurut undang-undang.

“Oleh yang demikian adalah tidak munasabah bagi sesetengah golongan yang menuntut hak secara ‘total’, mementingkan diri sendiri berbanding dengan kepentingan awam.
Sekatan yang dibuat menurut undang-undang adalah berkepentingan awam bagi menjaga kemaslahatan umum.

“Berbeza dengan yang selalu dilaungkan pendukung hak asasi manusia yang meletakkan kepentingan dan kebebasan individu mengatasi kepentingan awamundang-undang tidak dapat mengesahkan kedudukan tersebut.

“Malah keputusan penghakiman mahkamah di Malaysia juga tidak memutuskan hak ‘total’ seperti itu,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close