Berita UtamaPendapat

Uniknya politik Malaysia

Beri peluang muka baharu, berdarah muda pimpin negara

KETIKA negara dunia lain berlumba-lumba menaikkan muka-muka baru yang terdiri dari golongan muda sebagai pemimpin negara, kita masih terikat dengan watak-watak lama yang telah berusia

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berusia 73 tahun, sebaya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala Tun Dr  Mahatihir Mohamad pula telah sangat lanjut usianya, iaitu 95 tahun.

Saya tidak berniat melakukan perbandingan terus kerana saya amat faham perbezaan sejarah, sistem politik dan demografi sesebuah negara perlu diambil kira.

Namun, hanya sebagai maklumat, ketua negara termuda dunia ialah bekas Canselor Austria, Sebastian Kurz yang berusia 31 tahun

Umur ini mungkin seusia anak TSMY dan DSAI, bahkan boleh jadi seusia generasi cucu Tun M.

Selain itu, ramai lagi pemimpin-pemimpin dunia yang juga terdiri dari generasi muda contohnya PM Finland (Sanna Marin) berusia 34 tahun, PM San Marino (Enrico Carattoni) berusia 35 tahun, Supreme Leader Korea Utara (Kim Jong Un) berusia 37 tahun, Amir Qatar (Tamum bin Hamad) berusia 40 tahun dan PM New Zealand (Jacinda Arden) berusia 40 tahun.

Apa kata kita cuba tonjolkan, beri peluang dan latih muka-muka baru, yang berdarah muda serta beridea segar untuk memimpin negara.

Sungguh, Malaysia tidak ketandusan para pimpinan politik muda yang berkredibiliti seperti Ir Khairil Nizam (41 tahun), Khairy Jamaluddin (44 tahun) dan Nik Nazmi (38 tahun)

Kita juga ada parti baru dalam arena politik negara yang mungkin mampu melahirkan pemimpin muda yang jauh lebih baik dari mereka semua!

Ir Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad
Ahli Jawatankuasa Pusat gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button