Berita UtamaDunia

20 orang awam maut dibunuh kumpulan militan di Congo

Kumpulan pengganas turut lepas tembakan ke pangkalan PBB

CONGO, 25 Ramadan 1441H, Isnin – Sekurang-kurangnya 20 orang awam dibunuh kumpulan militan bersenjata dalam satu serangan terbaharu di sebuah kampung timur laut Republik Demokratik Congo (DRC). 

Puak militan Kerjasama Pembangunan Congo (CODECO) dilaporkan menyerang kampung Hema di wilayah Ituri kira-kira jam 1 pagi, lapor pihak berkuasa tempatan.

CODECO ialah kumpulan pengganas – pasukan bersenjata bermotifkan agama dan politik yang berasal daripada etnik Lendu.

“Mereka memotong badan beberapa rakan saya menggunakan parang. Tidak sanggup saya melihatnya. 20 daripadanya meninggal dunia dan lebih 14 orang cedera parah,” kata Solo Bukutupa, seorang pentadbir tempatan. “

Penyerang melarikan diri selepas pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tiba di kampung dan puak militan itu kemudian melepaskan tembakan ke pangkalan PBB yang berdekatan, kata sumber.

Wanita dan kanak-kanak dilaporkan adalah antara mangsa serangan. Seorang pegawai tempatan lain mengatakan 22 orang terbunuh.

“Mangsa terdiri daripada semua peringkat umur, kanak-kanak, pemuda, wanita dan warga emas, dibunuh dengan parang, dengan pisau atau senjata api,” kata Pilo Mulindro, seorang ketua suku, kepada agensi berita AFP.

CODECO dilaporkan berpecah kepada beberapa puak yang bersaing setelah tentera Congo membunuh pemimpinnya Justin Ngudjolo pada akhir Mac.

Awal bulan ini, Ngabu Ngawi Olivier – mengaku telah mengambil alih kepemimpinan CODECO, menyerah kepada tentera dan meminta militan meletakkan senjata.

Pasukan lain kemudian mengeluarkan kenyataan yang mengecam Olivier sebagai penyamar. Belum ada pemberontak yang mengikuti perintah Olivier, kata jurucakap tentera, Jules Ngongo. 

Pertempuran oleh kumpulan bersenjata di wilayah ini telah menyulitkan tindak balas DRC terhadap pandemik coronavirus dan wabak Ebola yang telah membunuh lebih dari 2,200 orang sejak 2018. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close