Berita Utama

i-Guru serah sumbangan kepada 4 sekolah di Negeri Sembilan

RM1,000 untuk setiap sekolah melalui projek Bakul Kasih Ramadan

SEREMBAN, 25 Ramadan 1441H, Isnin – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) menyalurkan sumbangan kepada empat sekolah di Negeri Sembilan melalui projek Bakul Kasih Ramadan i-Guru dengan kerjasama pertubuhan peduli dan prihatin, Yayasan Ikhlas.

Presidennya, Ustaz Mohd Azizee Hasan berkata, sumbangan itu diberikan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM1,000 untuk setiap sekolah.

Ia telah diserahkan kepada Pengetua SMA Sains Kuala Pilah, Ustaz Ramlan Md Din, Pengetua SMA Haji Muhamad, Ustaz Azzahar bin Abd Aziz, SMA Rembau, Ustaz Mohd Shah Ujang dan SMA Haji Mohd Yatim, Ustazah Hafazah Yusof dalam sebuah majlis sumbangan di Seremban.

“Sumbangan ini adalah hasil kutipan yang dilancarkan oleh i-Guru sepanjang bulan Ramadan dan tanda keprihatinan masyarakat kepada mereka yang kurang bernasib baik.

“Kami ucapkan terima kasih kepada para penyumbang di luar sana,” kata Ustaz Mohd Azizee.

Sementara itu, Ustaz Ramlan mengambil kesempatan untuk melahirkan rasa berterima kasih beliau kepada pihak i-Guru kerana memilih SMA Sains Kuala Pilah sebagai sekolah yang menerima bantuan tersebut.

“Sumbangan ini pasti sekali dapat melahirkan kegembiraan kepada keluarga anak-anak murid saya yang telah dikenal pasti. Terima kasih, i-Guru,” katanya.

Sumbangan Bakul Kasih Ramadan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai kira-kira 40 orang murid daripada sekolah-sekolah berkenaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button