Berita Utama

India lanjut sekatan pergerakan sehingga 31 Mei

Kes COVID-19 melepasi 95,000 , korban sudah cecah 3,000

NEW DELHI, 25 Ramadan 1441H, Isnin – India melanjutkan sekatan pergerakan seluruh negara sehingga 31 Mei apabila negara itu pada Ahad menyaksikan lonjakan kes COVID-19 tertinggi dalam sehari.

Sekatan pergerakan yang bermula pada 25 Mac dikuat kuasa selama tiga minggu, kemudian dilanjutkan dan “telah banyak membantu membendung penularan COVID-19”, kata Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan.

Kes COVID-19 di India melepasi 95,000, dengan jumlah kes meningkat kira-kira 5,000 pada Ahad dan korban melebihi 3,000.

Walaupun kerajaan memutuskan untuk meneruskan sekatan pergerakan, terdapat beberapa aktiviti dan perniagaan akan diberi sedikit kelonggaran.

Kerajaan negeri juga diberi lebih banyak kuasa untuk menguruskan mengenai sekatan itu.

Bagaimanapun, perintah berkurung masih berkuat kuasa antara 7 malam hingga 7 pagi, kata Kementerian Dalam Negeri.

Pihak berkuasa tempatan sudah dimaklumkan supaya memastikan kedai dan pasar yang dibuka mengikut masa serta peraturan ditetapkan dan orang ramai mematuhi penjarakan sosial serta dilarang berhimpun.

Sekolah, hotel, pusat beli-belah dan restoran masih ditutup dan perkhidmatan kereta api metro serta perjalanan udara masih digantung. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close