Berita Utama

Jangan buang masa mohon rentas negeri balik raya

Kebenaran hanya diberikan untuk kes kecemasan saja

JOHOR BAHRU, 25 Ramadan 1441H, Isnin – Polis Johor mengingatkan orang ramai supaya tidak membuang masa memohon perjalanan rentas negeri untuk pulang berhari raya.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kebenaran hanya diberikan untuk kes kecemasan sahaja.

Beliau berkata, polis menerima 1,000 hingga 1,500 permohonan rentas negeri daripada orang ramai setiap hari sejak beberapa hari lepas di balai polis seluruh negeri dengan kira-kira 70 peratus daripadanya adalah permohonan untuk pulang berhari raya di kampung masing-masing.

“Kita hanya benarkan rentas negeri bagi kes kecemasan sahaja. Oleh itu, jangan buang masa anda membuat permohonan jika itu alasannya mahu rentas negeri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terus berdegil mengambil kesempatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini untuk pulang ke kampung mereka.

“Jika masih terus berdegil, mereka akan diarahkan berpatah balik di pintu keluar negeri. Masih ada 33 Sekatan Jalan Raya (SJR) di pintu keluar negeri ini termasuk di lebuh raya dan jalan negeri atau kampung dan jika tiada surat kebenaran mereka akan diarahkan berpatah balik,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close