Berita Utama

Kes COVID-19 seluruh dunia melebihi 4.7 juta

AS kekal negara paling teruk terjejas dengan 1,486,375 kes

NEW YORK, 25 Ramadan 1441H, Isnin – Kes COVID-19 yang disahkan di seluruh dunia mencecah 4,708,415 pada 6.32 petang (2232 GMT) Ahad dan seramai 314,950 pesakit maut, lapor agensi berita Xinhua, menurut data Johns Hopkins University.

Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 1,486,375 kes dan korban seramai 89,549.

Sementara itu Rusia, Britain, Brazil, Sepanyol dan Itali mencatatkan kes melebihi 200,000. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button