Berita Utama

Kes positif COVID-19 di Indonesia kini 18,010

Sebanyak 43 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam

JAKARTA, 25 Ramadan 1441H, Isnin – Kes positif COVID-19 di Indonesia sudah melepasi angka 18,000, dengan jumlah kematian meningkat kepada 1,191 orang.

Sebanyak 496 lagi kes positif baharu virus itu dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang dijangkiti COVID-19 seramai 18,010 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 43 lagi kematian dilaporkan.

Provinsi Jakarta mencatatkan kematian tertinggi iaitu 463 kes, diikuti Jawa Timur (209 kes), Jawa Barat (123) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. – Bernama

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close