Berita Utama

Masih ramai berdegil, 1,275 kenderaan rentas negeri diarah patah balik

Tolong lupakan hasrat balik kampung, jangan susahkan diri

PUTRAJAYA, 25 Ramadan 1441H, Isnin – Sebanyak 1,175 kenderaan dikesan cuba merentas negeri diarah berpatah balik semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk melupakan hasrat merentas negeri untuk balik kampung kerana ia sudah tentu menyusahkan diri sendiri apabila diarahkan untuk berpatah balik.

“Ini menunjukkan masih ramai rakyat Malaysia berdegil untuk balik kampung …semalam juga sebanyak 1,175 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung telah diarah berpatah balik oleh PDRM.

“Walaupun pelbagai nasihat dikeluarkan dan pihak polis mengarahkan untuk patah balik dan memberi nasihat,” katanya dalam sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini.

Dua hari lepas, sebanyak 1,248 kenderaan yang cuba merentas negeri telah diarah berpatah balik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). – Bernama

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close