Berita Utama

Muhyiddin tegas tidak terbabit kes Riza Aziz

Tak campur tangan urusan Pejabat Peguam Negara, badan kehakiman

KUALA LUMPUR, 25 Ramadan 1441H, Isnin – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dalam persetujuan melepas tanpa membebaskan Riza Shahriz Abdul Aziz daripada pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan penyelewengan dana 1MDB.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa persetujuan itu dicapai oleh pihak pendakwaan dan tertuduh, melalui representasi yang dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara.

“Perdana Menteri mengulangi pendiriannya untuk tidak mencampuri urusan Pejabat Peguam Negara dan badan kehakiman dalam membuat apa-apa keputusan berkaitan kes-kes jenayah di negara ini termasuk kes-kes berprofil tinggi,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button