Berita UtamaDunia

PBB mahu Rohingya di pulau terpencil dipindah ke kem pelarian

'Kita mahu mereka bersatu dengan keluarga di kem Cox's Bazar'

DHAKA, 25 Ramadan 1441H, Isnin – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mahu Bangladesh memindahkan pelarian Rohingya yang kini ditempatkan di sebuah pulau terpencil dipindahkan ke kem pelarian sedia ada.

Sebelum ini ratusan pelarian terkandas berminggu-minggu di tengah lautan, bagaimanapun telah diselamatkan selepas mereka terapung di tengah lautan dekat Teluk Benggala.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata, 308 pelarian ditempatkan di Pulau Bhashan Char, yang dianggapnya bukan saja terpencil tetapi berisiko dibadai ribut monsun yang kuat.

Katanya, mereka wajar dipindahkan ke kem lebih selamat kerana tempoh kuarantin mereka sudah berakhir.

“Mereka dikuarantinkan atas faktor kesihatan awam namun Dhaka patut memberi perlindungan seperti selayaknya mana-mana pelarian terima.

“Kita mahu mereka bersatu dengan keluarga mereka di kem pelarian Cox’s Bazar,” kata Guterres dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Menteri Luar Bangladesh, AK Abdul Momen.

AK Abdul bagaimanapun menegaskan, Bangladesh tiada tempat lain untuk menempatkan semua pelarian Rohingya kerana sudah terlalu ramai. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button