Berita UtamaDunia

Russia harap penerbangan antarabangsa boleh operasi Julai

Pengangkutan udara domestik boleh dibuka semula pada Jun

MOSCOW, 25 Ramadan 1441H, Isnin – Kementerian Pengangkutan Russia berharap perkhidmatan udara antarabangsa dapat disambung semula mulai Julai manakala penerbangan domestik dimulakan secara bertahap pada Jun, lapor agensi berita Rusia (TASS).

“Penting untuk kita mengetahui negara mana yang selamat dikunjungi rakyat kita. Banyak negara Eropah sudah mula membuka sempadan mereka secara berperingkat. Kita akan menilai perkembangan semasa,” kata Menteri Pengangkutan Yevgeny Dietrich. 

“Sudah tentu, cadangan doktor dan pakar menjadi panduan kami, dan kami berharap keputusan untuk meneruskan penerbangan mungkin dapat dilaksanakan pada Julai, tetapi ia tetap bergantung keadaan negara yang hendak dituju,” katanya.

Beliau berkata keputusan daripada ibu pejabat operasi dan kerajaan juga menjadi syarat untuk meneruskan penerbangan antarabangsa.

Pada masa sama, menurutnya, pengangkutan udara domestik boleh dibuka semula pada Jun.

“Pengangkutan domestik, yang saya harap dapat disambung semula secara intensif mulai separuh kedua Jun akan menyediakan kita asas (untuk perjalanan yang selamat),” kata menteri itu. – Bernama

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close