Berita Utama

Sanusi mula tugas sebagai MB Kedah

Mukhriz lepas jawatan selepas kepercayaan percaya majoriti ADUN

ALOR SETAR, 25 Ramadan 1441H, Isnin – Menteri Besar Kedah baharu Muhammad Sanusi Md Nor memulakan tugas hari pertama beliau di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Ketibaan Muhammad Sanusi, 46, disambut Ketua Setiausaha Sulit beliau Datuk Armishah Siraj sebelum mengetip kad perakam waktu pada 8.43 pagi.

Beliau kemudian beramah mesra bersama pegawai dan kakitangan Pejabat Menteri Besar kira-kira 10 minit sebelum memulakan tugas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu mengangkat sumpah sebagai menteri besar baharu semalam selepas Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah memperkenan pelantikannya.

Pelantikan itu dibuat mengikut peruntukan di bawah Perkara 35 dan 37(2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah selepas Muhammad Sanusi mendapat sokongan majoriti ADUN.

Sebelum itu, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan itu berkuat kuasa serta-merta setelah kehilangan kepercayaan majoriti ADUN negeri ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button