Berita UtamaDunia

Iran tahan 10 ejen didakwa bekerja dengan Mossad Israel

Terbabit dalam komunikasi video dengan pegawai Mossad

DUBAI, 27 Rabiulawal 1444H, Isnin – Iran menahan 10 individu didakwa sebagai ejen bekerja untuk Israel di wilayah Azerbaijan.

Menurut laporan agensi berita Fars, individu berkenaan didakwa terbabit dalam komunikasi video secara langsung dengan pegawai agensi perisikan Israel, Mossad.

Iran dan Israel sudah bermusuhan sekian lama, apabila rejim Zionis menuduh Iran menyokong serangan pejuang ke atasnya.

Iran pula mendakwa negara pengganas itu melakukan sejumlah pembunuhan terhadap pegawai Iran.

Israel bagaimanapun tidak mengesah mahu menafikan laporan tindakan sedemikian.

“Mereka membakar kenderaan serta kediaman individu yang berkait dengan pihak keselamatan.

“…dan memperoleh wang atas gambar yang mereka ambil serta hantar kepada ejen Mossad,” dakwa laporan Fars tanpa mengulas lanjut. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button