Berita Utama

Senarai berita palsu hari ini

KUALA LUMPUR, 25 Ramadan 1441H, Isnin – Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) petang ini.

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan menggesa orang ramai agar berhenti memakan atau membeli ayam yang dijual di 12 buah premis perniagaan termasuk restoran makanan segera KFC, Texas Chicken dan Nandos kerana bekalan ayam adalah dari kilang memproses ayam di Pedas, Negeri Sembilan yang ramai pekerjanya didakwa positif COVID-19.

2. Kementerian Kerja Raya (KKR) menafikan pernah melantik individu bernama Abdul Al Haffiz bin Abdul Aziz sebagai Setiausaha Politik dan Pegawai Khas Media kepada Menteri Kanan Kerja Raya.

KKR memaklumkan individu terbabit didakwa pernah menyamar sebagai wakil KKR untuk menyampaikan sumbangan COVID-19 kepada pihak tertentu dengan menggunakan ‘cek tendang’. Orang ramai dinasihatkan agar melapor kepada pihak berkuasa dan KKR dengan segera sekiranya didekati oleh individu ini dengan cara yang mencurigakan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button