Berita Utama

Banjir: 33 mangsa ditempatkan di 2 PPS di Perak

Mereka dipindahkan selepas berlaku hujan lebat petang semalam

IPOH, 26 Ramadan 1441H, Selasa – Seramai 33 orang daripada lapan keluarga kini ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Kerian susulan banjir selepas hujan lebat sejak petang semalam.

Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Kerian, seramai 23 mangsa daripada empat keluarga berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak, Bagan Serai yang dibuka pada 5 petang semalam.

Katanya semua yang dipindahkan merupakan penduduk dari kawasan Kampung Matang Tengah dan Jalan FT 147 Bagan Serai.

Sementara itu, satu lagi PPS dibuka di daerah Kerian iaitu di SK Haji Parit Aman pada 10 malam tadi yang menempatkan 10 orang melibatkan empat keluarga dari kawasan Parit 3, Kampung Alor Setanggok, Bagan Serai.

“Semua PPS ini dipantau oleh beberapa jabatan dan agensi termasuk polis, RELA, bomba serta Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button