Berita Utama

Berhati-hatilah dengan agenda besar China

Didakwa guna COVID-19 sebagai helah kuasai ASEAN, dunia

BANGI, 26 Ramadan 1441H, Selasa – China kini didakwa mempunyai agenda besar untuk menguasai dunia dan oleh yang demikian semua pihak terutamanya Malaysia perlu berhati-hati dengannya.

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin menyatakan perkara berkenaan susulan kapal explorasi dari negara tembok besar itu meninggalkan perairan Malaysia selepas sebulan melakukan pemetaan laut.

“Projek Besar China. Perluasan kawasan dan pemerkasaan armada laut adalah di antara agenda besar China untuk meluaskan kuasanya di Laut China Selatan menjangkau kawasan-kawasan negara jiran.

“China menggunakan COVID-19 sebagai helah untuk kuasai ASEAN dan dunia antarabangsa. Berhati-hatilah,” dakwanya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Terdahulu, sebuah kapal peninjau China, kapal Haiyang Dizhi 8 yang berada bersama kapal pengesan minyak Malaysia selama sebulan di Laut China Selatan didakwa telah meninggal Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ), menurut data.

Sejak pertengahan April, kapal Haiyang Dizhi 8 melakukan tinjauan di EEZ, berdekatan dengan tempat latihan kapal selam syarikat minyak Malaysia, Petronas yang beroperasi di perairan dituntut oleh negara itu termasuk Vietnam dan China.

Capabella Barat – kapal yang dikontrak oleh Petronas – meninggalkan perairan yang menjadi pertikaian itu pada Selasa setelah menyelesaikan tugas dirancang, kata operatornya.

Pada Jumaat, Haiyang Dizhi 8 bergerak keluar dari EEZ Malaysia menuju ke arah China dan dikawal oleh sekurang-kurangnya dua kapal China, menurut data dari laman web pengesanan Trafik Marin.

China bagaimanapun menafikan laporan itu dengan mendakwa bahawa Haiyang Dizhi 8 masih melakukan aktiviti seperti biasa.

Data daripada bulan lalu menunjukkan kapal itu bergerak di perairan Malaysia dengan pola berbentuk ‘hash’ yang konsisten melakukan tinjauan seperti situasi tegang dengan kapal Vietnam tahun lepas.

Kementerian Luar Malaysia tidak memberi sebarang kenyataan berkaitan perkara itu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close