Dunia

COVID-19: Kes meningkat, UAE lanjut perintah berkurung

Aktiviti berkunjung keluarga pada Hari Raya Aidilfitri tak dibenarkan

ABU DHABI, 26 Ramadan 1441H, Selasa – Emiriah Arab Bersatu (UAE) melanjutkan dua jam tambahan perintah berkurung setiap malam bermula minggu ini susulan peningkatan kes harian wabak pandemik COVID-19.

Perintah berkurung – yang sebelum ini dikuat kuasa dari jam 10 malam hingga 6 pagi – akan bermula pada jam 8 malam pada Rabu sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak, kata jurucakap Lembaga Krisis Kecemasan dan Pengurusan Bencana, Saif Al Dhaheri.

Saif menggesa supaya aktiviti mengunjungi keluarga pada perayaan Hari Raya Aidilfitri dielakkan bagi menangani penularan wabak.

Beliau berkata, pusat beli-belah dibenarkan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 7 malam pada Hari Raya Aidilfitri di mana pelanggan hanya boleh berada dalam premis maksimum dua jam.

Semalam, UAE malaporkan 832 kes jangkitan dan empat kematian akibat wabak berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan kepada 24,190 kes dan 224 kematian.

Beberapa kawasan, termasuk pusat perniagaan dan pelancongan Dubai membenarkan pusat membeli-belah dibuka semula dengan kapasiti terhad pada bulan Ramadan sejak 24 April lalu.

Dubai juga telah membenarkan restoran dan kafe untuk beroperasi untuk pelanggan makan di premis, selain membuka kembali taman awam dengan kawalan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button