Berita Utama

COVID-19: Tiada rumah terbuka Aildilfitri

Ini penting demi kekal penularan wabak berkenaan

KUALA PILAH, 26 Ramadan 1441H, Selasa – Tiada sebarang majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri akan dianjurkan di Balai Undang Luak Johol pada tahun ini bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

Menurut Undang Luak Johol Datuk Muhammad Abdullah, keputusan berkenaan adalah selaras dengan arahan kerajaan pusat yang tidak membenarkan sebarang penganjuran rumah terbuka dibuat, yang bertujuan untuk memutuskan rantaian virus maut itu.

“Nampaknya saya terpaksa akur dengan arahan daripada kerajaan iaitu pada tahun ini, di Luak Johol, tidak akan ada majlis rumah terbuka untuk rakyat Johol. Ini kerana kita berada dalam krisis wabak COVID-19.

“Kalau tidak, kita pun takut juga…sebab kalau dah ramai datang seperti tahun-tahun sebelum ini (kehadiran) menjangkau 7,000 hingga 8,000 orang. Jadi apabila ada arahan kerajaan yang sebenarnya dikeluarkan kerajaan kerana nak menjaga nyawa, jadi rakyat kena faham…jangan anggap peraturan-peraturan yang diberitahu oleh kerajaan ini merupakan beban,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata masyarakat juga perlu berlapang dada dengan peraturan yang dikeluarkan kerajaan yang bersifat pelindung demi menjaga keselamatan dan kesihatan semua pihak. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button