Berita UtamaDunia

Kapal peninjau China tinggalkan Laut China Selatan?

AS minta China hentikan pelakuan pembuli di perairan dipertikai

KUALA LUMPUR, 26 Ramadan 1441H, Selasa – Sebuah kapal peninjau China yang berada bersama kapal pengesan minyak Malaysia selama sebulan di Laut China Selatan didakwa telah meninggal Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ), menurut data.

Sejak pertengahan April, kapal Haiyang Dizhi 8 melakukan tinjauan di EEZ, berdekatan dengan tempat latihan kapal selam syarikat minyak Malaysia, Petronas yang beroperasi di perairan dituntut oleh negara itu termasuk Vietnam dan China.

Capabella Barat – kapal yang dikontrak oleh Petronas – meninggalkan perairan yang menjadi pertikaian itu pada Selasa setelah menyelesaikan tugas dirancang, kata operatornya.

Pada Jumaat, Haiyang Dizhi 8 bergerak keluar dari EEZ Malaysia menuju ke arah China dan dikawal oleh sekurang-kurangnya dua kapal China, menurut data dari laman web pengesanan Trafik Marin.

China bagaimanapun menafikan laporan itu dengan mendakwa bahawa Haiyang Dizhi 8 masih melakukan aktiviti seperti biasa.

Data daripada bulan lalu menunjukkan kapal itu bergerak di perairan Malaysia dengan pola berbentuk ‘hash’ yang konsisten melakukan tinjauan seperti situasi tegang dengan kapal Vietnam tahun lepas.

Kementerian Luar Malaysia tidak memberi sebarang kenyataan berkaitan perkara itu.

Sebelum ini, kerajaan Malaysia meminta konflik mengenai Laut China Selatan diselesaikan dengan cara damai.

Keadaan itu mendorong Amerika Syarikat (AS) meminta China menghentikan pelakuan buli di perairan yang dipertikaikan.

Kapal perang AS dan Australia telah melakukan aktiviti bersama di Laut China Selatan dekat dengan Capella Barat sejak beberapa minggu kebelakangan ini, sejurus selepas Haiyang Dizhi 8 tiba. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close