Berita UtamaPendapat

Lagi kecemerlangan pelajar kita

3 pelajar tajaan JPA terima Class of 2020 Departmental Award di AS

1. ADA orang selalu cakap orang melayu malas, pelajarnya tidak pandai, tidak berkebolehan berniaga dan sebagainya.

Ini semua hanyalah omong kosong yang tidak perlu dilayani.

2. Perhatikan betapa banyak kecemerlangan yang dicapai oleh anak bangsa ini. Mari hebahkan kepada dunia bahawa anak-anak Malaysia ini boleh berjaya dengan cemerlang sekalipun dipandang sinis oleh orang yang lain.

3. Berikut adalah petikan ucapan dari Pejabat JPA di Amerika Syarikat (AS):

“Sukacita dimaklumkan bahawa tiga (3) orang pelajar Ijazah Sarjana Muda tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Michigan State University, Amerika Syarikat dalam bidang Mikrobiologi telah menerima Class of 2020 Departmental Award dari Department of Microbiology and Molecular Genetics, College of Natural Science.

Penganugerahan ini adalah berdasarkan kepada kecemerlangan akademik sepanjang tempoh pengajian dan kualiti serta potensi kajian yang dijalankan.

Lebih membanggakan apabila dari keseluruhan lapan (8) orang penerima anugerah, tiga (3) orang darinya adalah pelajar Malaysia dan tajaan JPA. Mereka adalah:

a) Nurul Izzati binti Mohamed Zamani – Dietrich C. Bauer Scholarship Award (High Honor Distinction)
b) Nur ‘Iffa Nazirah binti Taini Achim – Dietrich C. Bauer Scholarship Award (High Honor Distinction)
c) Nuur Aqilah Izzati binti Othman – Russell Duvall Endowed Scholarship Award (Research)

JPA secara amnya dan Pejabat PPL JPA Washington DC secara khususnya ingin mengucapkan tahniah kepada para pelajar ini atas anugerah-anugerah yang diterima dan pencapaian yang sangat membanggakan. Terima kasih kerana mengharumkan nama Malaysia dan JPA di peringkat antarabangsa.”

Sumber:
1. https://www.bharian.com.my/…/tiga-pelajar-tajaan-jpa-luar-n…
2. https://ismaweb.net/…/aktivis-isma-terima-pengiktirafan-te…/

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close