Berita UtamaDunia

Peneroka haram Yahudi serbu Masjid al-Aqsa, lakukan ritual keagamaan

Rakyat Palestin berusia bawah 50 tahun dilarang masuk kawasan tapak suci

BAITULMAQDIS, 3 Muharam 1445H, Jumaat – Puluhan peneroka haram Yahudi menyerbu masuk kawasan Masjidil Al-Aqsa dan melakukan ritual Talmudik.

Sumber daripada penduduk tempatan Palestin melaporkan sepanjang melakukan ritual kegamaan berkenaan, kumpulan peneroka haram itu dikawal ketat tentera pengganas.

Malah, tentera juga mengawal di semua bahagian masjid manakala sebahagian polis memanjat bumbung Masjid al-Qibli bagi melindungi kumpulan peneroka.

Pihak tentera pengganas juga melarang rakyat Palestin memasuki kawasan tapak suci itu termasuk mengharamkan semua yang berusia kurang daripada 50 tahun memasuki kawasan berkenaan.

Jun lalu, 3,787 peneroka haram menceroboh Masjid al-Aqsa dan melakukan ritual Talmudik. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button