Berita Utama

PATI dah ditangkap, majikan ‘jaga’ mereka bila pula?

PEMBELA tuntut lagi penjelasan JIM isu pelancong China, India

BANGI, 26 Ramadan 1441H, Selasa – Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) sekali lagi menuntut penjelasan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berhubung isu pendatang asing tanpa izin (PATI).

Merujuk laporan pada Januari lalu, Naib Pengerusi PEMBELA, Cikgu Izzat Johari berkata, JIM menyatakan akan berterusan memburu majikan dan PATI di negara ini.

Beliau berkata, lebih 1,000 warga asing yang masuk secara haram telah ditahan pada bulan ini, namun bagaimana pula tindakan ke atas majikan yang telah ‘menjaga’ PATI sebelum ini.

“Tokey-tokey (tauke-tauke) dan majikan di Pasar Borong Selayang sebelum ini yang pernah upah 16,000 PATI pula bagaimana? Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, apa komen anda?

“Ini belum melibatkan 100,000 pelancong China dan India yang ‘menghilangkan diri’ dalam Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, PEMBELA menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya memperkenalkan kad pengenalan (MyKad) baharu, bagi mengatasi kes pemalsuan dan penjualan secara haram, sekali gus mengekang lambakan PATI di Malaysia.

Desakan itu turut disertakan menerusi satu petisyen dalam talian yang dilancarkan di platform change.org oleh Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang juga Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya, baru-baru ini.

Terdahulu, laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 menunjukkan bahawa lebih dari 95 peratus pelancong China dan India yang melawat negara ini pada tahun 2016 sehingga 2018 tidak mempunyai rekod keluar.

Sebanyak 79,799 warga China telah direkodkan melalui Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) dan didapati sebanyak 76,258 bersamaan 95.6 peratus tidak mempunyai rekod tarikh keluar.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close