Berita Utama

PGA pintas tongkang bawa 28 warga Indonesia

2 lelaki warga Indonesia disyaki tekong darat turut ditahan

BANTING, 26 Ramadan 1441H, Selasa – Sebuah tongkang yang cuba membawa 28 warga Indonesia keluar secara haram dari negara ini berjaya dipintas berhampiran Kampung Sawah, Banting dekat sini, semalam.

Tongkang itu ditahan menerusi Op Benteng COVID-19 oleh Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih, kira-kira pukul 7.30 petang.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA Supt Zulafendy Hassan berkata kesemua 28 penumpang bot yang ditahan itu terdiri daripada 27 lelaki, dan seorang wanita yang berusia 19 hingga 38 tahun.

“Kita turut menahan tiga lelaki warga Indonesia berusia 24 hingga 33 tahun yang berperanan sebagai tekong dan awak-awak tongkang terbabit. Kita turut menahan dua lagi lelaki Indonesia yang disyaki tekong darat dalam serbuan berasingan di kawasan Kampung Sawah itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Zulafendy berkata kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Balai Polis Banting dan kes disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1963. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close